Automatif & TeknologiBerita Semasa

Bimbang ditipu, pengguna boleh dapat rekod kemalangan kenderaan melalui data SCRUT

KUALA LUMPUR – Pembeli kereta terpakai dari luar negara (recond) atau tempatan kini boleh mendapatkan laporan data penuh semakan kenderaan sama ada kenderaan itu pernah membuat tuntutan kemalangan dengan pihak insurans atau sebaliknya.

Menurut Pengasas SCRUT, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin dan Nik Muhammad Izwan Nik Mohd. Kamel, perkhidmatan terbaharu itu yang dibangunkan oleh SCRUT merupakan satu inisiatif bagi membantu pengguna mendapatkan data-data berkaitan termasuk tahap kerosakan akibat sesuatu kemalangan yang berlaku.

“Laporan itu boleh membantu pengguna sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli kereta terpakai tersebut atau pertimbangan harga mengikut kondisi kenderaan itu.

“Terdapat tiga tahap kemalangan akan disediakan menerusi laporan itu iaitu kesan kemalangan rendah, sederhana dan tinggi termasuk status kenderaan itu pernah disiytihar sebagai ‘total lost’ atau pun tidak,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Pada masa sama, katanya, pihak SCRUT kini sedang bekerjasama dengan pihak luar untuk mengambil gambar-gambar kemalangan kenderaan yang berlaku di lapangan sebagai satu himpunan rekod dalam data SCRUT.

Justeru, katanya, pengguna boleh mengetahui secara terperinci status kenderaan sebelum dibeli dan dibandingkan dengan tawaran yang dibuat oleh penjual kenderaan terpakai bagi mengelak mereka ditipu sehingga berlaku kerugian.

Bagaimanapun, jelasnya, SCRUT hanya memberikan pandangan melalui penyediaan laporan tersebut tanpa masuk campur dalam urusan pembelian atau mahu mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli kenderaan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button