Berita SemasaPolitik
Spekulasi kahwin 2: Hanya senyum, Sanusi enggan komen
SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memilih untuk idak mengulas tentang desas-desus mengenai perkahwinan keduanya.
Beliau yang diajukan soalan itu ketika ditemui semasa perlawanan bola sepak di Shah Alam. hanya tersenyum dan enggan memberikan sebarang komen.
Spekulasi itu timbul setelah beliau dikaitkan dengan seorang anggota polis yang terlibat dalam siasatan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah, namun tiada maklumat lanjut diberikan.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi secara berkias bercakap mengenai spekulasi itu semasa berucap sempena Sidang Kemuncak SG4 pada Isnin lalu.
Bagaimanapun tiada pengesahan lanjut mengenai spekulasi itu hingga kini.