PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di PICC petang ini
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan Amanat Perdana sempena sambutan Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 4.30 petang ini.
Perdana Menteri berkata, orang ramai boleh mengikuti Amanat Perdana tersebut secara langsung menerusi semua saluran media tempatan.
“Ayuh semarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan tanah air kita dengan semangat Madani Jiwa Merdeka!,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bertemakan Malaysia Madani: Jiwa Merdeka akan berlangsung di Dataran Putrajaya, esok.
Kemeriahan acara tahunan itu bakal diserikan dengan perbarisan dan perarakan membabitkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.