Berita SemasaJenayah & Mahkamah

KPDN terima 39 aduan penipuan pakej haji, umrah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 aduan berkenaan penipuan pakej umrah dan haji diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 1 Januari sehingga 25 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, dari 1 Januari sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 562 kes tuntutan tebus rugi berkaitan penipuan pakej umrah difailkan di TTPM seluruh Malaysia dengan 413 kes tuntutan selesai.

Fuziah berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap semua aduan berkenaan selain turut merujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 183 kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna 1999 berkaitan ketidak patuhan award yang telah dikeluarkan oleh TTPM kepada pihak penentang dan sejumlah 59 kertas siasatan telah berjaya diselesaikan.

Katanya, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599), jumlah maksimum tuntutan tebus rugi adalah RM50,000.

“Sekiranya jumlah yang hendak dituntut melebihi RM50,000 maka tuntutan masih boleh difailkan di TTPM akan tetapi nilaian tuntutan ialah untuk nilai maksimum RM50,000 dan baki tuntutan selebihnya tidak boleh dituntut melainkan dipersetujui oleh Penentang.

“Bagaimanapun, ia sedikit sebanyak dapat mengembalikan sejumlah kerugian yang dihadapi jemaah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan jemaah haji dan umrah yang terbabit dalam penipuan supaya membuat tuntutan tebus rugi di TTPM sama ada melalui dalam talian di laman sesawang https://ttpm.kpdn.gov.my/portal ataupun hadir ke pejabat TTPM di negeri masing-masing.

Show More

Related Articles

Back to top button