Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Remaja OKU dirogol kenalan aplikasi cari jodoh

AMPANG JAYA – Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai merogol seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) dalam kejadian di Taman Saga di sini disambung reman hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di rumahnya di Subang selepas menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu mangsa.

Katanya, kejadian disedari ibu mangsa yang berusia 36 tahun selepas bertanyakan mengenai kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi di rumahnya.

“Mangsa OKU kategori ketidak upayaan intelektual berusia 16 tahun itu kemudian memaklumkan suspek yang dikenali melalui aplikasi mencari jodoh telah datang ke rumah dan merogolnya pada 17 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

Suspek direman selama lima hari bermula 22 Ogos lalu sehinga hari ini dan akan disambung reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button