Berita SemasaSukan

Pau Marti secara rasmi galas tugas Ketua Jurulatih Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Pau Marti Vicente yang memangku jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan selepas perletakan jawatan oleh Kim Pan-gon hari ini diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaysia yang baharu secara.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pelantikan rasmi itu diputuskan selepas pihak persatuan sepakat membuat penstrukturan semula kontrak dan mengekalkan Pau Marti sehingga kempen Piala AF 2024 akan datang.

“Kedudukan Pau Marti akan diputuskan oleh pengurusan FAM berdasarkan situasi semasa nanti,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini hari ini.

Pan-gon pada 16 Julai lalu membuat kejutan meletakkan jawatan atas alasan peribadi sebelum menandatangani kontrak dengan pasukan Korea Selatan, Ulsan HD FC 13 hari selepas itu.

Sementara itu, Pau Marti hari ini mengumumkan senarai 26 pemain yang akan dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya.

Katanya, latihan akan bermula 29 Ogos ini sebagai persiapan menghadapi Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 4 hingga 8 September 2024.

Marti mengekalkan 18 pemain dari skuad yang tampil dalam dua perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada Jun lepas.

Terdapat lapan pemain baharu yang kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan, antaranya ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Arif Aiman Mohd Hanapi, Romel Morales, Afiq Fazail, Azam Azmi Murad, Darren Lok, Harith Haiqal Adam Afkar, dan Syafiq Ahmad.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan aksi mereka dalam Pestabola Merdeka 2024 dengan perlawanan Separuh Akhir menentang Filipina pada Rabu, 4 September ini pada pukul 9.00 malam.

Perlawanan Separuh Akhir kedua akan menyaksikan Lubnan dan Tajikistan bertemu pada hari yang sama, pukul 4.30 petang.

Pemenang kedua-dua perlawanan separuh akhir akan bertarung di final pada Ahad, 8 September 2024, pukul 9.00 malam.

Pasukan yang tewas akan bermain dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari yang sama pukul 4.30 petang.

Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipilih:

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
2. Matthew Davies
3. Muhamad Feroz Baharudin
4. La’Vere Lawrence Corbin-Ong
5. Mohd Afiq Fazail
6. Arif Aiman Mohd Hanapi
7. Romel Morales
8. Muhammad Safawi Rasid
9. Muhammad Akhyar Abdul Rashid
10. Safwan Mazlan
11. Muhammad Azam Azmi Murad
12. Muhammad Azri Ab Ghani
13. Zhafri Yahya
14. Paulo Josue
15. Muhammad Haqimi Azim Rosli
16. Dominic Tan
17. Daniel Sang Ting
18. Darren Lok
19. Nooa Hamzah Laine
20. Harith Haiqal Adam Afkar
21. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
22. Muhammad Syafiq Ahmad
23. Mohamed Syamer Kutty Abba
24. Muhammad Adib Abdul Ra’op
25. Dion-Johan Cools
26. Endrick Dos Santos

Sementara itu 11 pemain disenaraikan dalam Senarai Bersedia sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam pasukan utama:

1. Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew
2. Stuart John Wilkin
3. Shahrul Mohd Saad
4. Nathaniel Shio Hong Wan
5. Brendan Gan
6. Declan Lambert
7. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
8. Sharul Nazeem Zulpakar
9. Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni
10. Sergio Fabian Ezequiel Aguero
11. Muhammad Danial Amier Norhisham

Show More

Related Articles

Back to top button