Sukan

Zii Jia penat selepas Olimpik Paris, gagal pamer kemampuan sebenar di Terbuka Jepun

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meluahkan faktor kepenatan menyebabkan dia tidak dapat beraksi dengan baik dalam Kejohanan Terbuka Jepun sebentar tadi.

Turun selaku pilihan selepas memenangi pingat gangsa di Olimpik Paris, Zii Jia ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh pemain Perancis, Alex Lanier dengan keputusan 18-21, 13-21.

“Saya berasa lemah sejak beberapa hari ini selepas pulang dari Sukan Olimpik, namun saya tidak merancang untuk tidak hadir dalam apa-apa kejohanan selagi saya rasa ia tidak akan membahayakan saya.

“Saya sudah cuba yang terbaik dan berjuang sepanjang perlawanan itu tadi, tetapi badan saya tidak membenarkan saya saya untuk beraksi dengan kemampuan sebenar saya.

“Mengharapkan rehat dan pemulihan yang baik untuk kejohanan yang akan datang,” katannya dalam satu kenyataan di Instagram Story miliknya.

Kenyataan Lee Zii Jia di Instagram Story miliknya.

Dalam perlawanan itu, Zii Jia yang merupakan pemain nombor enam dunia gagal mengekang asakan bertali arus yang ditampilkan Alex Lanier di set pertama yang berkesudahan dengan 18-21.

Di set kedua, Lanier sekali lagi mengekalkan aksi kemas dengan menguasai perlawanan,
sekali gus meranapkan peluang juara All England 2021 itu untuk mara ke pusingan seterusnya.

Show More

Related Articles

Back to top button