PM X

Ubah corak pemikiran, cara kerja lampau bagi jayakan agenda Bumiputera – PM

PUTRAJAYA – Corak pemikiran dan cara kerja lampau perlu diubah dan disesuaikan dengan senario semasa yang menuntut kepantasan bertindak untuk menjayakan agenda Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda itu perlu mendapat kerjasama dan penyertaan segenap pihak di negara ini.

“Ia amat penting bagi memastikan keberhasilan dan kejayaan semua inisiatif yang telah digariskan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meluncurkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdidi serta Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Tambah Perdana Menteri, beliau turut mengulangi jaminan bahawa dasar yang memfokuskan kepada agenda pemerkasaan Bumiputera ini tidak akan meminggirkan suku kaum lain di negara ini.

“Kerajaan Madani komited dalam menegakkan prinsip keadilan sosial dalam mengangkat darjat serta martabat rakyat dan negara,” katanya lagi dalam kenyataan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button