Berita Semasa

Dua buah pesawat pengangkut A400M dikerah ke Mesir – Khaled Nordin

Bawa rakyat Palestin yang tercedera untuk terima rawatan di Malaysia

KUALA LUMPUR – Dua buah pesawat Airbus A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikerah ke Pangkalan Udara Al Maza di Mesir bagi mengambil rakyat Palestin yang cedera untuk dibawa ke Malaysia bagi menerima rawatan.

Laporan portal NST menyebut, Menteri Pertahanan, Datuk Khaled Nordin sebagai berkata, misi tersebut susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Himpunan Solidariti Palestin pada 4 Ogos lepas.

“Saya akan maklumkan kepada media (lokasi mereka menerima rawatan) apabila mereka tiba,” kata Khaled.

Sebelum ini, tular di media sosial maklumat daripada FlightRadar24 bahawa dua buah pesawat pengangkut TUDM tersebut berlepas dari Pangkalan Udara Subang pada hari Selasa dan tiba di Al Maza pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Tidak dinyatakan jumlah warga Palestin yang akan dibawa ke Malaysia, namun pesawat A400M mempunyai keupayaan untuk membawa 66 pengusung beserta 25 kakitangan perubatan.

Show More

Related Articles

Back to top button