Luar Negara

Mahkamah Perlembagaan lucut jawatan Thavisin sebagai PM

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini melucutkan jawatan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri selepas didapati bersalah melantik seorang menteri yang mempunyai rekod jenayah pada Mei lepas.

Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa Srettha bersalah melanggar Perlembagaan kerana melantik Pichit Chuenban walaupun mengetahui rekod sabitan kesalahan Pichit kerana menghina mahkamah.

Dalam undian majoriti 5-4, Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa kedudukan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri tidak lagi wujud kerana kekurangan integriti, kehilangan kelayakan di bawah Perkara 160 (4) Perlembagaan serta tindakannya melanggar piawaian etika yang serius seperti yang dinyatakan dalam Perkara 160 (5).

“Ini menunjukkan kekurangan integriti, pelanggaran langsung terhadap Perkara 160 (4) Perlembagaan,” menurut keputusan mahkamah dalam satu kenyataan.

Akibat pemecatan Perdana Menteri, seluruh kabinet turut dibubarkan mengikut Perkara 167 perenggan satu (1) Perlembagaan Thailand.

Show More

Related Articles

Back to top button