Luar Negara

61 terbunuh pesawat penumpang terhempas

SAO PAULO – Seramai 61 penumpang dan anak kapal sebuah pesawat penumpang terbunuh apabila pesawat itu jatuh terhempas di Capela de Vihedo dekat sini, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Ketika kejadian, pesawat ATR-72 milik syarikat penerbangan Voepass itu dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Voepass dalam satu kemyataan memaklumkan, ketika kejadian, pesawat itu membawa seramai 57 penumpang dan empat kru.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan “solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban” dalam satu hantaran di akaun X miliknya.

Show More

Related Articles

Back to top button