Luar Negara

Yahya Sinwar dilantik ketua biro politik Hamas

GAZA CITY – Pergerakan Hamas melantik Yahya Sinwar sebagai ketua biro politiknya yang baharu.

Sinwar dilantik bagi menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran selepas menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada 31 Julai lalu.

“Pemilihan Sinwar sebagai pemimpin Hamas menghantar mesej yang signifikan kepada musuh (Israel) dan sekutunya,” kata seorang pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri.

Hamas dan Iran telah menuduh Israel membunuh Haniyeh, namun Tel Aviv tidak mengesahkan mahupun menafikan penglibatannya.

Show More

Related Articles

Back to top button