Berita Semasa

Shamsul Anuar, Mujahid hadiri pengebumian Ismail Haniyeh di Doha

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Qatar untuk menghadiri pengebumian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Shamsul Anuar diiringi Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri dan delegasi akan menyertai solat jenazah di Masjid Imam Muhammad ibn Abd al-Wahhab di Doha selepas solat Jumaat.

“Jenazah Almarhum Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Founding Imam di bandar Lusail,” kata Wisma Putra hari ini.

Menurut kenyataan itu, Malaysia akan terus bersolidariti dengan ahli keluarga, kepemimpinan dan rakyat Palestin dalam perjuangan mendapatkan semula negara berdaulat.

Ismail Haniyeh terkorban dalam serangan di Tehran, Iran semasa menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian kelmarin.

Show More

Related Articles

Back to top button