Sukan

Paris 2024: Aaron Chia-Wooi Yik mara ke separuh akhir, tewaskan pasangan ‘bisik-bisik’ dari India

PARIS – Harapan tinggi yang disandarkan kepada pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Wooi Yik semakin hampir selepas berjaya mara ke peringkat separuh akhir.

Pasangan utama negara itu memberikan aksi yang memukau untuk menewaskan pasangan dari India, Rankireddy-Shetty dengan keputusan 13-21, 21-14, 21-16.

Kemenangan itu juga mengiringi kejayaan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang mara ke separuh akhir terlebih dahulu petang tadi.

Terdahulu di set pertama, beregu utama negara itu membuatkan seluruh peminat negara tidak senang duduk apabila tewas mudah 21-13 dengan pasangan yang terkenal dengan ‘berbisik’ sebelum melakukan servis.

Di set kedua, sekali lagi pasangan negara itu membuatkan peminat negara cemas apabila ketinggalan 4-0 di awal permainan.

Namun, Aaron Chia-Wooi Yik mula mendapat rentak permainan dan menyamakan kedudukan 4-4 sebelum menang set tersebut dengan keputusan 21-14.

Pada set penentuan, kedua-dua pasangan itu saling kejar megejar sehingga di akhir-akhir set permainan, Aaron Chia-Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat berjaya menjarakkan kedudukan dan menang 21-16.

Di separuh akhir, Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang yang menewaskan beregu Indonesia, Alfian Fajar-Ardianto 21-13, 24-22, 22-20.

Show More

Related Articles

Back to top button