Berita SemasaPM X

[VIDEO] ‘Jelas ada unsur sabotaj’ – PM Anwar

PUTRAJAYA – Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim mengakui rejim zionis tidak pernah mahukan kedamaian tetapi sentiasa mencari alasan baharu untuk menangguh atau menggagalkan semua usaha terhadap perdamaian.

Perkara itu dikongsikan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbualan telefon mereka, hari ini.

@malaysiatribune

Transkrip perbualan telefon PM bersama ahli Politik H@M@S, Dr Basem Naim Terkait pembunuhan Ismail Haniyeh. #anwaribrahim @anwaribrahimofficial

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Menurut Dr. Basem, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang terbunuh hari ini, sudah melakukan yang terbaik untuk menandatangani gencatan senjata supaya semua keganasan terhadap rakyat Palestin dapat ditamatkan.

“Saudara tahu, bahawa beliau (Almarhum Ismail) telah melakukan yang terbaik untuk menamatkan keganasan ini, dan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata supaya penderitaan ini berakhir.

“Tetapi mereka (rejim zionis) sentiasa mencari alasan baharu untuk menangguh atau menggagalkan semua usaha ini,” kata Dr Basem.

Anwar turut mengakui, berdasarkan maklumat diterima, Malaysia juga percaya usaha Almarhum Ismail disabotaj menerusi pembunuhannya.

“… dan jelas bahawa saudara Almarhum Ismail adalah tonggak perjuangan ini, dan salah satu hal yang diperjuangkan adalah perjanjian damai bagi mengembalikan hak rakyat Palestin.

“Jelas ada unsur sabotaj. Mereka (rejim zionis) tidak mahu perjanjian damai ini berjaya,” kata Perdana Menteri.

Anwar turut menyatakan komitmen Malaysia dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim zionis.

“Dr Basem, sila sampaikan kepada keluarga dan semua saudara kita.

“Bahawa kami tetap teguh mendukung perjuangan untuk sebuah Palestin yang merdeka. Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk mengutuk kekejaman ini,” kata Anwar lagi.

Ismail yang juga bekas perdana menteri Palestin bersama seorang pengawal peribadinya terbunuh dalam satu serangan di tempat penginapannya di Tehran, Iran, pagi tadi.

Allahyarham berada di negara itu bagi menghadiri upcara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian yang berlangsung semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button