Jenayah & Mahkamah

Jemaah menteri kutuk pembunuhan Ismail Haniyeh, gesa bawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Mesyuarat jemaah menteri hari ini mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran.

Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, kerajaan juga bersolidariti bersama dengan rakyat Palestin.

“Jemaah menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Palestin itu dan menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut dibawa ke muka pengadilan.

“Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya.

Ismail Haniyeh yang merupakan pemimpin utama Hamas maut selepas dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.

Show More

Related Articles

Back to top button