Luar Negara

2 maut, 9 cedera parah ditikam

SOUTHPORT – Dua maut manakala sembilan lagi kanak-kanak cedera selepas ditikam oleh seorang remaja pada awal pagi semalam.

Menurut Polis Merseyside, enam daripada kanak-kanak itu cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal.

“Susulan itu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks telah ditahan bagi membantu siasatan terhadap serangan itu.

“Remaja itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung serangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut polis, pada peringkat ini pihaknya masih menyiasat motif serangan itu dan menggesa semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi.

Pada masa sama, pihaknya turut mengesahkan bahawa insiden itu tiada kena mengena dengan serangan pengganas.

Terdahulu, seorang remaja lelaki menyerang dengan menggunakan senjata pisau ketika persembahan tarian di sebuah sekolah di Hart Street.

Dalam insiden itu, dua orang dewasa turut cedera parah ditikam ketika cuba menyelamat dan melindungi mangsa.

 

Show More

Related Articles

Back to top button