Berita SemasaSukan

PERKABS sumbang jersi kepada anak anggota badan beruniform

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Anggota Badan Beruniform Negeri Selangor (PEKABS) telah menyumbang jersi bola sepak kepada pasukan CARCA Old BOYz FC.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif PEKABS membantu anak-anak anggota badan beruniform untuk bersukan.

Majlis penyerahan jersi telah diadakan di Stadium KLFA hari ini.

Pengerusi PEKABS, Mohd Hafiz Osman berkata, sumbangan kecil itu diharap dapat membantu anak-anak anggota untuk bergiat cergas dalam sukan dan memberikan mereka semangat baru apabila memakai jersi daripada kami.

“Jersi-jersi ini bukan sahaja memberikan semangat baru kepada penerima, tetapi juga berfungsi untuk memperkenalkan PEKABS kepada orang ramai di Selangor.

“Walaupun ini pengalaman pertama kami menyumbangkan jersi bola sepak, reaksi positif dari penerima membuatkan kami bersemangat untuk terus menyumbang pada masa hadapan,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Mohd Hafiz berkata, ianya menjadi harapan PEKABS untuk menarik lebih banyak penyumbang pada masa akan datang, agar pertubuhan itu dapat terus bergerak maju dan memberikan bantuan kepada lebih ramai anak-anak anggota badan beruniform.

“PEKABS juga merancang untuk memberi sumbangan berbentuk bakul makanan dan bantuan kewangan,” katanya lagi.

Orang ramai yang berminat untuk menyokong atau menyertai PEKABS sebagai ahli atau sukarelawan boleh menghubungi Setiausaha PEKABS, Asmah, di talian 016-2219167 atau melalui emel di pekabs2022@gmail.com.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman Facebook Pertubuhan PEKABS.

Show More

Related Articles

Back to top button