Jenayah & Mahkamah

CEO syarikat disyaki seleweng dana RM270,000 ditahan reman SPRM

PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar profesor ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana dipercayai menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi bernilai kira-kira RM270,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi telah ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 30 Julai ini oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan beli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

“Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat perlantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima lima peratus daripada keuntungan tahunan syarikat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button