Luar Negara

Mahkamah Agung Bangladesh batalkan keputusan perkenal sistem kuota pekerjaan

NEW DELHI – Mahkamah Agung Bangladesh telah membatalkan sebahagian besar keputusan untuk memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam, semalam.

Keputusan itu susulan protes besar-besaran di seluruh negara oleh golongan pelajar yang membantah rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik BBC Bangla.

Mahkamah memutuskan, 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 diikuti dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.

Sistem kuota asal memperuntukkan lebih daripada separuh pekerjaan sektor awam untuk kumpulan berkenaan.

Keputusan ini dilihat memihak kepada penyokong Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan Liga Awami.

Kuota yang lebih tinggi telah dibatalkan pada 2018 tetapi diperkenalkan semula oleh mahkamah lebih rendah bulan lepas, kata penyiar itu.

Sejak bermulanya protes besar-besaran tersebut, lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dalam keganasan yang tercetus, lapor BBC Bangla memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star.

Show More

Related Articles

Back to top button