Liga Norway: Penyokong baling ‘fish cake’ tidak puas hati dengan VAR
OSLO – Perlawanan liga utama Norway membabitkan Rosenborg BK dan Lillestroem ditangguhkan semalam selepas penyokong
bertindak membaling ‘fishcake’ ke tengah padang.
Memetik laporan Reuters, tindakan itu adalah susulan rasa tidak puas hati penyokong terhadap video bantuan pengadil (VAR) yang digunakan semasa perlawanan.
Penyokong membaling kek ikan itu sejak
sepak mula dan selepas dua minit perlawanan, pengadil menghentikan perlawanan dan menghantar pemain ke bilik persalinan.
Perlawanan itu disambung semula, tetapi protes semakin teruk dengan penyokong mula membaling bola tenis dan bom asap
ke tengah padang.
Pengadil terus menangguhkan perlawanan itu sekitar setengah jam dengan kedudukan terikat 0-0.
VAR mencetus banyak kontroversi dalam liga Eliteserien Norway, dengan sesetengah persatuan penyokong kelab mendakwa masa yang diambil oleh pengadil untuk membuat keputusan menggunakan sistem itu menjejaskan perlawanan.
Ia turut berdepan kritikan dalam liga lain, dengan liga utama Sweden memutuskan pada April lalu membatalkan penggunaan sistem itu susulan bantahan daripada kelab.