Berita SemasaPM X

Kurangkan pinjaman langkah jangka pendek tingkatkan keupayaan kewangan negara

KUALA LUMPUR – Langkah pengurangan pinjaman bersih atau hutang baharu merupakan satu langkah jangka pendek bagi meningkatkan keupayaan kewangan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 2021 dan 2022, hutang negara adalah sebanyak RM100 bilion, namun dikurangkan secara berperingkat pada tahun berikutnya.

“Sebab itu saya nyatakan turunkan pinjaman dengan pada 2023 pada RM93 bilion dan 2024 dikurangkan lagi kepada RM86 bilion.

“Daripada RM100 bilion pada pentadbiran lalu, kita kurangkan kepada RM86 bilion, tetapi (angka) ini tidak boleh dikurangkan secara mendadak kerana kita masih memerlukan agenda pembangunan,” katanya ketika merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, di sini hari ini.

Tambah Anwar, antara langkah sederhana yag dilaksanakan kerajaan adalah mengurangkan kadar hutang sebanyak 64 peratus daripada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 60 peratus.

Show More

Related Articles

Back to top button