Berita Semasa

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.

Berita duka itu dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan.

“Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili Badan Kehakiman Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang merupakan Ketua Hakim Negara bermula dari 20 Disember 2000 sehingga 15 Mac 2003 telah banyak berjasa kepada Badan Kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Sesungguhnya kepulangan Allahyarham ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh seluruh warga Kehakiman khasnya dan negara amnya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button