Berita SemasaSukan
Stuart Ramalingam masih bersama MFL
KUALA LUMPUR – Datuk Stuart Ramalingam hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau tidak lagi bersama Malaysia Football League (MFL) .
Stuart berkata, ramai rakan media menghubunginya mengenai khabar angin mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini adalah saya komited kepada MFL dan perbincangan mengenai kontrak saya yang akan tamat pada bulan Ogos sedang berjalan.
“Harap maklum bahawa sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan dibuat pada masa yang sesuai dan buat masa ini saya masih komited dengan peranan saya,” katanya melalui satu pesanan di aplikasi Whatsapp Media MFL hari ini.
Stuart turut mengucapkan terima kasih atas mesej dan keprihatinan anda semua.