PM X
PM menekuni kegiatan dakwah Malaysia-Indonesia bersama Ustaz Abdul Somad
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara di pejabatnya hari ini.
Pertemuan Perdana Menteri bersama pendakwah selebriti Nusantara itu diadakan selepas beliau selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas di Seri Kembangan hari ini.
“Selain perbualan santai, kami turut menekuni perihal kegiatan dakwah antara dua negara akrab Malaysia-Indonesia serta usaha dalam mempertingkatkannya ke tahap yang lebih bermakna,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menerusi tinjauan media sosial, Ustaz Somad yang berasal dari Sumatera Utara itu kini dalam rangka siri ceramah di Malaysia minggu ini.