Berita Semasa

PCB kini boleh diakses melalui MyTax

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa menu paparan penyata bayaran cukai pegangan dan potongan cukai bulanan (PCB) kini boleh diakses melalui portal MyTax.

Menurut LHDN, paparan penyata tersebut melibatkan semua jenis bayaran cukai pegangan dan PCB yang dibuat mulai 1 Januari 2024 di semua saluran bayaran cukai yang disediakan.

“Semakan ke atas bayaran yang telah dibuat boleh dilakukan melalui penyata yang dijana berdasarkan peranan MyTax yang ditetapkan.

“Selain itu, fungsi cetakan resit bayaran cukai pegangan dan PCB turut disediakan dan pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata LHDN, akses paparan penyata itu telah dibuka kepada pengguna sejak 12 Jun lalu menerusi pautan https://mytax.hasil.gov.my/

Sementara itu, orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan atau maklum balas kepada pihak LHDN di pautan www.hasil.gov.my atau di talian 03-89111000/ 603-89111000 (Luar Negara).

Show More

Related Articles

Back to top button