Berita Semasa

DBKL sita barangan niaga 9 warga asing di Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan niaga sembilan warga asing di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, pagi tadi.

Operasi dilaksanakan oleh anggota Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1), Undang-undang Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“DBKL turut melakukan satu tindakan pindah halangan di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Dua notis tawaran kompaun turut dikeluarkan di bawah UUK 3(1), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 bagi kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

“(Turut dkeluarkan) Tiga notis penguatkuasaan di bawah Seksyen 46(1)(a), Akta Jalan, Parit dan bangunan 1974 bagi kesalahan mendirikan struktur tanpa kebenaran,” kata DBKL dalam satu kenyataan, hari ini.

Semua barangan yang disita dan dipindah halangan dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti,” kata kenyataan itu lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button