Euro 2024: Itali tersingkir, tewas 2-0 kepada Switzerland
BERLIN – Juara bertahan, Itali tersingkir dalam kejohanan Euro 2024 apabila dimalukan Switzerland 2-0 pada pusingan 16 di Olympiastadion sebentar tadi.
Switzerland membuka jaringan awal selepas Remo Freuler berjaya menewaskan penjaga gol Donnarumma pada minit ke-37 untuk Switzerland mendahului 1-0.
Skuad kendalian Murat Yakin hampir menambah jaringan menerusi sepakan percuma Fabian Rieder, tetapi berjaya ditepis keluar Donnarumma.
Memasuki separuh masa kedua, Switzerland sekali lagi mengejutkan skuad kendalian Luciano Spaletti dengan jaringan kurang 30 saat selepas sepak mula apabila sepakan dari luar kotak penalti oleh Ruben Vargas menewaskan Donnarumma.
Itali hampir beroleh jaringan pada minit ke-52 apabila tandukan ke belakang pertahanan Switzerland, Fabian Schar menuju ke pintu gawang, tetapi terkena tiang.
Babak kedua tampak lebih seimbang buat kedua-dua pasukan namun Itali terus buntu untuk mendapatkan gol.
Di suku akhir, Switzerland akan bertemu pemenang perlawanan malam esok antara England dan Slovakia.