Berita Semasa

Pemilik Rumah Biru di Kg Baru umum pindah, beri laluan projek pembongkaran palong bawah rumah

KUALA LUMPUR – Pemilik ‘Rumah Biru’ yang terkenal kerana masih mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu di Kampung Baru telah berpindah buat sementara waktu.

Salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook berkata, ia bagi memberi laluan untuk pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah berkenaan.

Menurutnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek tersebut.

“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024.

“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah kami ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Dalam pada itu, Shafiq turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat rumah tersebut yang sering menjadi perhatian sebagai lokasi pergambaran itu.

“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar.

“Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” ujarnya.

Menjenguk ruangan komen, rata-rata warga netizen menzahirkan rasa sedih di atas keputusan yang dibuat itu.

Show More

Related Articles

Back to top button