PM X

PM terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju jangka panjang berkait NSS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation Datuk Pua Khein Seng, semalam.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan Pua Khein membincangkan mengenai hala tuju jangka panjang terkait dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang diumumkan bulan lalu.

Katanya, syarikat itu kini merupakan peneraju pasaran dalam pengawal data untuk NAND dan penyelesaian storan dengan hampir satu daripada setiap empat SSD yang dihantar ke seluruh dunia ialah penyelesaian Phison.

“Pua turut membentangkan cadangan pemindahan teknologi Phison ke Malaysia bagi mendukung usaha mewujudkan pelan reka bentuk teknologi tempatan sementelahan (tambahan pula) ini penting dalam memberi anjakan kepada Malaysia daripada hanya menjadi pengeluar semikonduktor bagi syarikat-syarikat dunia.

“Saya singgung adalah penting dalam tempoh jangka panjang bagi negara melahirkan bakat (tenaga kerja) yang mempunyai kemahiran mencipta teknologi,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook malam semalam.

Tambah Anwar, dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran mencipta teknologi, ia memerlukan kerjasama erat daripada sumber yang dimiliki agensi kerajaan dan usaha daripada pihak swasta seperti yang dibuat Phison, sekali gus menjadikan negara sebagai peneraju dalam mereka bentuk teknologi.

Show More

Related Articles

Back to top button