Miniso buka cawangan ‘Pink Store’ di Pavilion Bukit Jalil
KUALA LUMPUR – Jenama barangan isi rumah trendy, Miniso baru-baru ini melancarkan galeri jualan terbarunya di Pavilion Bukit Jalil, dekat sini dalam usaha meluaskan rangkaian perniagaan di rantau ini.
Dinamakan ‘Pink Store’, Miniso mengangkat konsep merah jingga yang diilhamkan melalui kolaborasi jenama popular, Barbie.
Pengurus Besar Miniso Malaysia, Jerry Goong berkata, pembukaan cawangan dengan keluasan 3,700 kaki persegi itu adalah yang ke 22 di negara ini.
Katanya, Pink Store yang didekorasi dengan elegan dan segar diharap dapat menawarkan pengalaman dan detik-detik istimewa kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat.
“Sebagai jenama kedai barangan kehidupan paling trendy masa kini, Miniso menerapkan falsafah kegembiraan iaitu “Life is for Fun”.
“Dari produk keperluan rumah, kosmetik, alat tulis, permainan, aksesori kenderaan dan hiasan, semuanya kami tawarkan pada kualiti terbaik malah dengan rekaan dan nilai estetika terpilih,” katanya.
Jerry berkata, dalam mendepani penerimaan global dan memenuhi permintaan ramai, pihaknya juga memperluaskan ‘pasaran’ produk kepada pelanggan dari usia 5 sehingga 65 tahun.
Sempena pembukaan cawangan di Pavilion Bukit Jalil, pihaknya menawarkan pelbagai Siri IP popular seperti BT21, Minions, Pokemon, Disney, Barbie dan Plush Dun Dun Chicken.
Turut ditawarkan barisan produk kecantikan dari jenama terkenal seperti Skintific, Y.O.U, Dazzle, BNB, Wardah, IN2IT, Into You, KissMe, 16 Brand, BBIA, Dododots, Bone Idol Beauty dan banyak lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Ye Guo Fu berkata, Miniso yang berkembang pesat sejak 10 tahun penubuhannya kini mempunyai lebih 4,200 cawangan di 80 negara.
Beliau berkata, pihaknya mensasarkan pembukaan lebih 40 cawangan Miniso di Malaysia pada tahun ini.
Sempena dengan majlis perasmian Miniso yang terkenal dengan produk gaya hidup yang berkualiti tinggi dan mampu milik, turut menawarkan diskaun harga serta promosi eksklusif kepada setiap pelanggan yang hadir.
Acara pembukaan Miniso ‘Pink Store’ turut menampilkan kehadiran pempengaruh media sosial Fiqrie, pengacara popular Fiza Frizzy dan persembahan DJ Suicide J, serta tarian singa berwarna merah jambu.