Berita SemasaSukan

Lee Zii Jia juara Terbuka Australia tewaskan Kodai Naraoka

SYDNEY – Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia, berjaya muncul juara Terbuka Australia apabila cemerlang menewaskan lawan dari Jepun, Kodai Naraoka, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Zii Jia terpaksa berhempas pulas untuk mara ke perlawanan akhir ketika menentang pemain dari Taiwan, Lee Chia Hao, dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Beliau memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 10-21, 21-15, 21-10, dengan semangat juang yang tinggi.

Dalam perlawanan akhir, Zii Jia ternyata berazam untuk memastikan pertemuan keenam antara kedua-dua pemain memihak kepada dirinya.

Permainan bermula dengan seimbang, namun Zii Jia berjaya mendahului 11-8 pada awal set pertama sebelum menoktahkan kemenangan 21-19 ke atas Kodai Naraoka.

Set kedua pula menyaksikan kebangkitan Kodai yang mengawal sepenuhnya permainan dan mengheret perlawanan ke set penentuan dengan kemenangan 21-11.

Set ketiga pula kedua-dua pemain terus bersaing sengit sehingga terikat 18-18, sebelum Zii Jia akhirnya mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 21-18.

Dengan kemenangan ini, Lee Zii Jia diangkat sebagai juara Terbuka Australia, mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara pemain badminton terbaik dunia selepas juara Terbuka Thailand bulan lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button