Berita Semasa

Sampel darah kanak-kanak yang maut kes keracunan makanan dianalisis

PETALING JAYA – Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) telah menerima satu sampel darah mangsa berusia 2 tahun yang mati disyaki keracunan makanan daripada polis, semalam.

Menurutnya dalam satu kenyataan, Ahli Kimia Bahagian Toksikologi, Pusat Analisis Sains Forensik sedang menjalankan analisis ke atas sampel darah yang diterima dan analisis akan disiapkan dengan kadar segera.

“Pegawai penyiasat akan dimaklumkan sebaik sahaja analisis selesai dijalankan.

“Kimia Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keperluan rakyat sentiasa didahului seiring dengan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan dua meninggal dunia, manakala 82 mangsa berusia di antara 19 bulan hingga 58 tahun mengalami keracunan makanan selepas menikmati sarapan yang disediakan untuk program sebuah sekolah dekat Gombak.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor mengesan bakteria Salmonella dalam sampel najis mangsa keracunan makanan selepas makan makanan yang dibawa pulang daripada sebuah program sekolah di Gombak yang mengakibatkan dua kematian Sabtu lalu.

Bagaimanapun, keputusan sampel lain yang dihantar untuk analisa oleh Makmal Kesihatan Awam di Sungai Buloh masih belum selesai.

Show More

Related Articles

Back to top button