PM X

PM sampaikan sumbangan kanak-kanak menghidap penyakit usus kronik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun, Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik.

Sumbangan tersebut disampaikan wakil Perdana Menteri, iaitu Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada ahli keluarga kanak-kanak itu ketika menziarahi Thevsin di Hospital Tunku Azizah, di sini semalam.

“Saya sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai keadaan adik Thevsin yang diuji dengan dugaan yang cukup berat di usia muda iaitu 12 tahun dan saya juga difahamkan beliau sudah dua tahun menerima rawatan di hospital ini.

“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga adik Thevsin bagi membantu meringankan beban keperitan yang ditanggung saat ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook milik beliau hari ini.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mendoakan Thevsin diberi kesembuhan sesegera mungkin.

Show More

Related Articles

Back to top button