Berita Semasa

Permeteraian MoU G2G produk pertahanan antara Malaysia, Turkiye minimumkan risiko ketirisan

KUALA LUMPUR – Permeteraian memorandum persefahaman (MoU) berhubung perolehan produk pertahanan antara Malaysia dan Turkiye akan merancakkan lagi kerjasama kedua-dua itu negara dalam bidang industri pertahanan.

Menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, MoU yang dibuat secara kerajaan kepada kerajaan itu berperanan sebagai instrumen untuk memudahcara proses perolehan aset ketenteraan dengan Turkiye dan meminimumkan risiko ketirisan yang menyumbang kepada kos perolehan yang tinggi.

“Majlis itu diikuti dengan penyerahan Letter of Acceptance bagi perolehan Littoral Mission Ship Batch 2 (LMSB2) kepada Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) iaitu syarikat
pembinaan kapal Turkiye berteknologi tinggi.

“Menteri Pertahanan kemudiannya meneruskan program di Ankara pada
Selasa lalu dengan mengadakan pertemuan ke atas rakan sejawat beliau, Yaşar Güler di Kementerian Pertahananan Nasional Turkiye dan telah diberi penghormatan menerima tabik hormat serta memeriksa kawalan kehormat utama sebelum pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut bermula,” katanya.

Pada 9 Jun lalu, Menteri Pertahanan, Datuk’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengetuai delegasi Malaysia buat kali pertamanya dalam lawatan kerja rasmi ke Turkiye selama lima hari sejak beliau menyandang jawatan tersebut pada Disember 2023.

Menteri Pertahanan memulakan lawatan rasmi dengan mengadakan kunjungan
hormat ke atas Setiausaha Agensi Industri Pertahanan Turkiye (Savunma Sanayii Başkanlığı, SSB), Prof. Haluk Görgün, dan diberikan taklimat mengenai SSB yang merupakan pemacu pembangunan industri pertahanan Turkiye sehingga menjadi antara pemain industri pertahanan utama di dunia.

Dalam pada itu katanya, kedua-dua Menteri Pertahanan juga telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi dalam bidang pertahanan yang julung kalinya diadakan.

“Semasa Mesyuarat HLC tersebut, Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan dua hala ke peringkat lebih tinggi dalam pelbagai bidang khususnya ketenteraan, pembangunan kapasiti, pertukaran maklumat serta sains, teknologi dan industri pertahanan selain bertukar-tukar pandangan mengenai situasi geopolitik antarabangsa khususnya konflik di
Asia Barat termasuk perang Israel Palestin.

“Menteri Pertahanan juga turut
menjemput Yaşar Güler untuk hadir ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim
Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada Mei 2025,” katanya.

Sepanjang berada di Turkiye, Menteri Pertahanan dan delegasi turut mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat industri pertahanan Turkiye iaitu Turkish Aerospace Industries (TUSAŞ), ASELSAN, Makine ve Kimya Endüstrisi (MKE) dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi STM.

Lawatan-lawatan industri pertahanan ini adalah penting untuk Malaysia dalam menanda aras kemajuan industri pertahanan di Turkiye sekali gus menjadi maklumat penting kepada Malaysia dalam memformulasikan strategi pembangunan industri pertahanan tempatan serta menjayakan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

“Semasa lawatan ke TUSAŞ, Menteri Pertahanan dan delegasi juga telah melihat sendiri kemajuan perolehan 3 unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) berserta kelengkapan sokongan di mana kontrak perolehan antara Kementerian Pertahanan dan TUSAŞ ditandatangani pada tahun lalu.

“Lawatan rasmi ini merupakan satu
aktiviti di bawah Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara, iaitu Perkongsian
Berwibawa seperti yang digariskan oleh Kertas Putih Pertahanan yang menekankan kepentingan hubungan pertahanan antarabangsa dalam memastikan keselamatan negara, kestabilan serantau dan keamanan sejagat,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button