Berita SemasaSukan

Kelayakan Piala Dunia: Malaysia tewaskan Taiwan tapi gagal ke pusingan ketiga

KUALA LUMPUR – Malaysia menang namun kecewa kerana tidak mampu mendapatkan kemenangan diperlukan untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini.

Terdahulu, Harimau Malaya turun ke SNBJ untuk mendapatkan tiga mata serta jaringan besar, di samping itu mengharapkan Oman untuk mengalahkan Kyrgyzstan.

Bagaimanapun sasaran tersebut digagalkan oleh Taiwan yang tidak mempunyai tekanan berbanding Malaysia, menyekat segala usaha jaringan Harimau Malaya.

Jurulatih Kim Pan-gon (KPG) meletakkan kepercayaan kepada dua pemain sayap Terengganu, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid sebagai penggempur utama Malaysia malam ini.

Malaysia dibolosi gol pertama hasil lorongan membelah oleh Ange Kouamé kepada Yu Yao-hsing yang tenang menewaskan Azri Ghani dalam satu lawan satu di gawang gol.

Malaysia memecah kebuntuan menerusi ledakan gol Safawi Rashid pada minit ke-53 selepas percubaan yang bertali arus untuk menjadikan skor 1-1.

Kemudian, pada minit ke-69 Malaysia menjaringkan gol kemenangan menerusi Paulo Josue untuk meletakkan Harimau Malaya mendahului 2-1 di depan.

Gol saguhati Malaysia hadir pada minit ke-95  dijaringkan oleh pemain Penang FC, Adib Ra’op yang tidak dikawal untuk menjadikan keputusan 3-1.

Malaysia masih mampu untuk layak namun, dilihat hampir mustahil untuk mengharapkan Oman membelasah Kyrgyzstan melebihi enam gol.

Show More

Related Articles

Back to top button