PM X

PM Anwar tegaskan penyasaran subsidi untuk selamatkan negara

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau mengakui langkah tersebut akan dikecam habis-habisan, namun ia perlu dilaksanakan demi kepentingan negara.

“Kita terpaksa ambil beberapa tindakan tidak popular untuk selamatkan negara.

“Kena tahu apa pun kita lakukan, kita akan dihentam habis-habisan dengan segala fitnah dan penipuan.

“Saya lihat yang pakai songkok, serban, jubah, tetapi tipu terus menerus, padahal kita beritahu, semua Perdana Menteri sebelum itu sudah setuju cuma tidak ada tekad politik untuk melaksanakan kerana risikonya ada, tetapi untuk selamatkan negara, kita tidak ada pilihan,” katanya.

@malaysiatribune

Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi adalah untuk menyelamatkan negara, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata, beliau sedar langkah itu akan ‘dihentam’ habis-habisan, namun perlu dilaksanakan kerana tidak ada pilihan lain. #malaysiatribune #pmx #anwaribrahim #pmo #subsidi #malaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Semalam, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai.

Beliau berkata, kerajaan menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada tengah malam semalam di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Bermula hari ini, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel yang memenuhi kriteria akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama bawah inisiatif Budi Madani

Jelas Amir Hamzah, penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja menerima nya dan pada masa yang sama menghentikan ketirisan.

Show More

Related Articles

Back to top button