Sukan

Kelayakan Piala Dunia:Malaysia hanya mampu seri, peluang ke pusingan ketiga semakin tipis

BISHKEK – Malaysia membawa pulang satu mata selepas seri dengan Kyrgyztan 1-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di sini hari ini.

Keputusan itu menyulitkan peluang Malaysia untuk ke pusingan ketiga Piala Dunia yang mana Harimau Malaya memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini.

Namun Malaysia masih mempunyai harapan untuk ke pusingan ketiga sekiranya dapat menewaskan Taiwan dengan jaringan yang besar manakala Oman menewaskan Kyrgyztan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Mengikut carta semasa Malaysia berada di tangga ketiga dengan tujuh mata manakala Oman di tangga teratas dengan 12 mata dan Kyrgyztan 10 mata.

Terdahulu dalam perlawanan itu, Kyrgyztan membuka jaringan awal menerusi jaringan Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri oleh Valery Kichin pada minit ke-38 selepas Dion Cools melakukan asakan selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma.

Memasuki babak kedua, tempo perlawanan Malaysia agak perlahan dan jentera serangan yang diterajui Paulo Josue gagal melakukan percubaan berbahaya ke arah jaringan lawan.

Pertukaran lewat perlawanan dengan memasukkan Safawi Rashid, Hakimi dan Adib Raop juga gagal menghasilkan gol.

Show More

Related Articles

Back to top button