Jenayah & Mahkamah

Datuk kepada Zaynn Rayyan lantik peguam baharu

PETALING JAYA – Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zahari Mohd Reba memaklumkan telah melantik peguam baharu bagi mewakili ibu bapa Zayn yang kini dalam tahanan reman.

Dia mengesahkan berita berkenaan selepas dihubungi Harian Metro hari ini.

Tindakan tersebut dilakukan susulan peguam Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co menarik diri sebagai wakil ibu bapa Zayn Rayyan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

“Maaf ya, buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sebelum ini, pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 9 malam 6 Disember lalu.

Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Show More

Related Articles

Back to top button