Penyokong Borussia Dortmund belayar 30 jam, sokong pasukan di perlawanan akhir UCL
WEMBLEY – Penyokong tegar Borussia Dortmund menunjukkan semangatnya dengan belayar selama 30 jam merentasi lautan demi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka yang akan beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara melawan Real Madrid awal pagi ini.
Pelayaran yang memakan jarak sejauh 140 batu nautika ini bukanlah satu perjalanan yang mudah.
Sepanjang pelayaran, mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran termasuk badai ombak, hujan lebat serta ribut.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangat empat penyokong ini untuk terus mara demi memberikan sokongan padu kepada Borussia Dortmund.
Pasukan Borussia Dortmund bakal menghadapi Real Madrid dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi esok.
Pertembungan itu dijangka menjadi satu perlawanan yang sengit, dengan kedua-dua pasukan berazam untuk membawa pulang trofi berprestij tersebut.
Mereka percaya sokongan moral yang kuat mampu memberikan kelebihan kepada pasukan kesayangan mereka.
Perjalanan empat penyokong tersebut bukan sahaja menggambarkan kesetiaan mereka kepada Borussia Dortmund, tetapi juga menjadi inspirasi kepada penyokong bola sepak di seluruh dunia.