Berita Semasa

Anggota EMT Mercy Malaysia dibawa keluar dari Rafah – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia sudah dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Tebing Gaza.

Kementerian Luar (Wisma Putra) ketika mengesahkan perkara itu berkata, enam anggota EMT tersebut dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama-sama dengan petugas antarabangsa yang lain.

“Sebahagian ahli-ahli EMT ini telah dibawa keluar masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei.

“Kumpulan terakhir yang terdiri daripada dua orang ahli EMT telah dibawa keluar pada 31 Mei,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warganegara Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik

Kenyataan tersebut turut mengingatkan semua rakyat Malaysia supaya tidak melakukan sebarang perjalanan ke mana-mana zon konflik.

Show More

Related Articles

Back to top button