Berita SemasaSukan

Sukma : Sarawak terima peruntukan RM50 juta

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM50 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan Para Sukma.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah hari ini.

Beliau berkata, walaupun jumlah yang diterima itu separuh daripada jumlah yang dipohon daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri akan tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai tuan rumah dengan baik.

“Sarawak bertuah kerana menerima dana yang baik berbanding negeri-negeri lain. Kami tidak merungut kerana yang paling penting adalah kami dapat menjadi tuan rumah yang baik.

“Sukan ini juga diharap membawa limpahan penganjuran yang baik kepada semua. Bayangkan jika setiap seorang yang hadir membelanjakan RM1,000 semasa acara,” katanya.

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah kepada temasya sukan itu yang bakal berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.

Sebanyak 37 jenis sukan akan dipertandingkan membabitkan 488 acara melibatkan 12,619 atlet dan pegawai sukan dari seluruh negara.

Show More

Related Articles

Back to top button