Berita Semasa
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia akibat komplikasi dalam perut
BUTTERWORTH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latif meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.
Berita sedih itu disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan pas negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.
“YB Sungai Bakap, Nor Zamri Latif baharu sahaja menghembuskan nafas terakhir 1.38 petang Jumaat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang,” katanya.
Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di ICU HSJ kerana komplikasi pada bahagian perut.
Semalam tular berita Allahyarham berada dalam keadaan kritikal akibat komplikasi tersebut.