Sukan

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia cipta sejarah, tewaskan Thailand acara double

KUALA LUMPUR – Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia Sepak Takraw 2024 acara double selepas menewaskan Thailand sebentar tadi.

Malaysia yang mempertaruhkan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Nordin menundukkan pasangan Thailand Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut.

Pasangan negara yang bermula dengan baik pada set pertama dengan mendahului pada kedudukan 10-4 bagaimanapun mula melakukan kesilapan mudah sehingga Thailand mengikat kedudukan 14-14 sebelum Malaysia menang 17-16.

Set kedua menyaksikan pada awalnya, kedua-dua pasangan bersaing sengit mendapatkan mata sebelum Aidil dan Noraizat mensasarkan Kittiphum hingga membolehkan Malaysia mendahului 8-4.

Bagaimanapun Thailand tidak mudah putus asa dan memberi tentangan sengit sebelum Aidil dan Noraizat meranapkan impian Thailand dengan meraih kemenangan set kedua menerusi keputusan 15-13.

Kemenangan dalam acara double dijangka memberi semangat kepada Malaysia untuk menghadapi cabaran Thailand dalam acara regu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button