Luar Negara

Raja Salman akan jalani rawatan kerana radang paru-paru

DUBAI – Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan menjalani rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah.

Terdahulu, baginda menjalani ujian perubatan di klinik diraja di Istana Al Salam setelah mengalami ‘suhu tinggi dan sakit sendi’.

Menurut agensi berita kerajaan Arab Saudi, buat masa ini Raja Salman yang berusia 88 tahun akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.

Kali terakhir Raja Salman dimasukkan ke hospital adalah pada April lalu untuk pemeriksaan rutin.

Raja Salman, penjaga kepada dua kota suci Islam, menjadi pemerintah kepada negara pengeksport minyak terkemuka dunia itu pada 2015.

Ia selepas baginda menghabiskan lebih dua setengah tahun sebagai Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button