Berita Semasa

Op Bersepadu Samseng Jalanan sita 65 motosikal di Pulau Pinang

GEORGETOWN – Polis menyita 65 buah motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi itu melibatkan 32 pegawai dan anggota bahagian penguatkuasaan trafik daerah Barat Daya dibantu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta 10 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

“Dalam operasi itu, pihak kami telah memeriksa ratusan motosikal sebelum mengambil tindakan menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 342 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya dan pihak JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 40 notis pemeriksaan kenderaan,” katanya seperti dilapor BH online.

Kamarul berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Show More

Related Articles

Back to top button