Sukan

Liga Super: Gol tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC 3 mata penuh

PETALING JAYA – Selangor FC (SFC)
memulakan aksi pembukaan Liga Super dengan langkah kanan selepas berjaya menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA) 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan beraksi seimbang dengan masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun menemui jalan buntu sehingga tamat babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, SFC yang beraksi di hadapan kira-kira 10,000 penyokong di laman sendiri, akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi
jaringan gol Alif Haiqal pada minit ke-85.

Lebih indah, jaringan gol tersebut diraikan dengan gaya ‘siuu’ sebagai tanda solidariti kepada rakan sepasukannya, Faisal Halim yang ditimpa nasib malang baru-baru ini.

Kemenangan ini juga cukup bermakna buat ‘The Red Giants’ selepas kehilangan tiga mata pada aksi pembukaan kerana menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), minggu lalu.

Selepas ini, SFC akan berkunjung ke Paroi untuk berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) sementara KDA FC akan kembali ke Darul Aman untuk melayan kunjungan Perak FC.

Sementara itu, dalam pada perlawanan lain, JDT berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) petang tadi, manakala PDRM FC mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan Perak FC 3-2 di Stadium Perak.

Show More

Related Articles

Back to top button