PM X

Pelajar UniMAP terkesan akibat kebakaran terima sumbangan daripada PM

KUALA LUMPUR – Pelajar-pelajar yang terkesan susulan kebakaran di aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini pada awal pagi Sabtu lepas, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, semalam, Setiausaha Politik beliau, Kamil Munim telah menyalurkan bantuan bagi pihaknya kepada para pelajar yang terlibat dalam insiden kebakaran tersebut.

“Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi akan memberi bantuan sewajarnya. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Tinjauan di lokasi kebakaran aras bawah Blok B Kompleks Perumahan Pauh Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Pada 11 Mei lepas, media melaporkan 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP itu terbakar pada awal pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 4.43 pagi.

Show More

Related Articles

Back to top button