Berita Semasa

Lebih 1,300 pokok berusia 50 tahun ke atas dikenal pasti berada di ibu negara

PUTRAJAYA – Jabatan Landskap Negara (JLN) telah diarahkan untuk mengenal pasti spesis pokok yang sesuai untuk ditanam di kawasan bandar dalam memastikan keselamatan orang awam terjaga.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, hal berkenaan dibincangkan menerusi mesyuarat Kabinet yang telah diadakan hari ini.

“Pagi tadi, Kabinet telah juga membincangkan di mana JLN telah diberi amanah untuk mengenal pasti spesis-spesis pokok yang sesuai ditanam di dalam kawasan kota untuk menjaga keselamatan.

“Kita juga akan memastikan pemeliharaan, penggantian serta pembajaan pokok akan dijalankan mengikut jadual berkala,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Hari Landskap Negara 2024 di Taman Persahabatan China-Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, arahan mencantas pokok yang berpotensi mengundang bahaya juga telah dikeluarkan kepada jabatan berkenaan.

“Di sekitar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti lebih 1,300 pokok yang telah pun berusia 50 tahun ke atas.

“Arahan segera telah dikeluarkan kepada jabatan berkenaan untuk mencantas pokok-pokok yang mungkin akan membahayakan keselamatan awam.

“Setakat pagi ini, tinggal Iagi 28 pokok yang layak dan boleh dicantas,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengarahkan supaya mengganti setiap pokok yang ditumbang dengan 100 pokok baharu, kata Kor Ming.

Jelasnya, arahan tersebut adalah selaras dengan dasar kerajaan yang sentiasa mesra alam dan juga mementingkan mencari jalan penyelesaian dalam menangani isu perubahan iklim.

Terdahulu, media melaporkan seorang maut, manakala dua lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur berhampiran sebuah hotel

Show More

Related Articles

Back to top button