PM X

Malaysia, Qatar sepakat tingkat kerjasama pelaburan – PM Anwar

DOHA – Malaysia dan Qatar sepakat bahawa kerjasama pelaburan di antara kedua-dua negara perlu terus dipertingkatkan dalam tahun-tahun yang mendatang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kata sepakat itu dicapai semasa Majlis Menghadap ke atas Emir Qatar, Yang Amat Mulia Sheikh Tamim Hamad Al Thani yang kemudianya dibincangkan bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada hari pertama lawatan kerja di beliau Qatar semalam.

“Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik yang telah pun mencecah 50 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam semalam.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin juga membincangkan secara mendalam mengenai konflik Palestin-Israel.

Jelas Anwar, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin dan negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, delegasi Malaysia kemudiannya telah diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed.

“Semoga ikatan persahabatan antara Malaysia dan Qatar akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button